Saturday, March 22, 2008

Jahiliyyah moden

JAHILIYAH DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT OBJEKTIF
1. Pelajar-pelajar dapat memahami pengertian jahiliyah menurut Al-Quran dan masa berlakunya.
2. Pelajar-pelajar dapat membezakan antara hidayah yang berpunca dari makrifatullah dengan jahiliyah yang berdasarkan hawa nafsu.
3. Memberi panduan pelajar mengenali ciri-ciri masyarakat jahiliyah.
4. Pelajar-pelajar boleh menganalisa dan menghayati kesan-kesan jahiliyah dalam masyarakat manusia dalam semua bidang.
5. Pelajar-pelajar boleh menghindari dan menjauhkan dari perkara-perkara yang dianggap sebagai jahiliyah.

JAHILIYAH DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT
As-Sahid Sayed Qutub pernah berkata “Maka orang yang mengenali Jahiliyah, dialah orang yang dapat memahami nilai Islam dan dialah yang sangat menghargai rahmat Allah yang terdapat dalam Islam dan nikmat Allah yang terlaksana dengan Islam.Dari kata-kata tersebut jelaslah betapa pentingnya seseorang itu memahami erti jahiliyah dan gambaran yang sebenarnya.Pengertian JahiliyahJahiliyah asal maknanya bodoh atau jahil masyarakat Jahiliyah bukanlah bermakna ahli masyarakat itu bodoh, kurang pengetahuan, tidak mempunyai harta kebendaan, tidak mempunyai nilai pemikiran kemasyarakatan atau sebagainya.Jahiliyah yang diterangkan dalam Al-Quran ialah sikap mental yang menolak pedoman dan petunjuk dari Allah dan mencipta undang-undang yang berlawanan dari yang diturunkan oleh Allah.Jahiliyah juga bukanlah berlawanan dengan apa yang dinamakan ilmu tamadun dan kemajuan kebendaan tetapi jahiliyah sebenar berlawanan dengan marifatullah, tidak berpandukan dengan hidayat Allah dan tidak berhakimkan dengan hukuman Allah.Al-Quran tidak menyatakan oran Arab itu Jahiliyah kerana mereka tidak mengetahui ilmu falak, kimia, kedoktoran, sistem politik, ilmu bahasa, kurang kemajuan kebendaan, kosong dengan sifat yang baik, sesungguhnya mereka Jahiliyah kerana mereka berhakimkan hawa nafsu dan menolak hukum-hukum Allah.Masa JahiliyahSesungguhnya fenomena Jahiliyah itu bukanlah muncul hanya pada tahap masa tertentu sahaja dalam sejarah bahkan ia boleh berulang pada sepanjang masa apabila wujud sebab musababnya. Sejarah manusia seluruhnya tidak terkeluar dari dua keadaan yang saling bertentangan yang tidak berkesudahan dan masing-masing menghasilkan natijah yang berlainan.Perbezaan Hidayah dan JahiliyahHidayah berpunca dari makrifullah dan mengikut petunjuknya sementara Jahiliyah itu terbit dari kejahilan terhadap Allah dan keengganan menurut titah perintahnya. Kedua-dua dasar tadi melahirkan sistem masing-masing dalam ekonomi sosial, politik, kebudayaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan kemampuan akal mereka dalam menganggapi alam material disekitarnya serta dipengaruhi oleh pengalaman hidup mereka. Dari kedua-dua dasar itu lahir pula dua masyarakat yang amat berbeza dari semua segi sama ada berkaitan dengan pegangan hidup yang berupa keyakinan mahupun sistem hidup yang menjadi amalan hidup mereka di dunia ini. Dari sini jelaslah kepada kita bahawa masyarakat manusia terbahagi kepada dua iaitu masyarakat Islam atau masyarakat Jahiliyah.Ciri-ciri Masyarakat Jahiliyah Masyarakat Jahiliyah tidak terbatas kepada masyarakat sebelum Islam sahaja.
Ia boleh wujud jika terdapat di dalam masyarakat itu ciri-ciri Jahiliyah seperti berikut :
(i) Tidak beriman kepada Allah dengan keimanan yang sebenarCiri ini merupakan ciri terpenting yang terdapat pada masyarakat Jahiliyah di sepanjang sejarah. Bahkan ianya adalah asas yang memperkembangkan Jahiliyah. Di atasnya terbina seluruh penyelewengan konsep, tingkah laku dan kepincangan sistem hidup manusia. Baik yang berhubung dengan perasaan, fikiran pemikiran dan hubungan sesama manusia dan manusia dengan alam seluruhnya.
(ii) Tidak menjalankan hukum AllahMenolak atau tidak melaksanakan hukum atau peraturan Allah kerana mengikut hawa nafsu adalah dianggap Jahiliyah. Sebenarnya penolakan hukum Allah itu berpunca dari ciri yang pertama tadi.
(iii) Wujud taghut dalam masyarakatDalam seluruh masyarakat Jahiliyah pasti wujud taghut yang berusaha menyelewengkan manusia dari beribadat kepada Allah dan berhukum dengan syariatnya. Mereka berusaha sedaya upaya supaya manusia mentaati taghut dan hukum-hukum yang dicipta oleh manusia berdasarkan hawa nafsu.
(iv) Menurut hawa nafsu tanpa bimbingan hidayat AllahApabila jauh dari minhaj Allah, maka manusia akan tenggelam dalam alam hawa nafsu.

No comments: